Rabu, 3 Mac 2010

Perancangan Yang Bijak, Penentu Masa Depan

Salam sejahtera,


Dalam kehidupan setiap manusia, sudah pasti memerlukan perancangan masa depan bagi memastikan setiap hala tuju dapat di capai dengan sempurna. Sebelum perancangan di buat, perkara tersebut harus diambil kira :



MENGAPA ANDA HARUS MERANCANG ?

Masa seumpama bumi yang berputar tanpa henti. Ia berputar di atas paksinya dan bergerak mengelilingi matahari melalui satu arah sahaja. Ini bermakna kita sedang menuju ke masa hadapan dan meninggalkan masa yang lalu. Oleh itu kita haruslah merancang masa depan kita agar kehidupan kita lebih bermakna dan terjamin di muka bumi ini.

APA YANG HARUS DIRANCANG ?

Setiap perancangan seseorang individu itu berbeza-beza diantara individu yang lain. Kewangan atau wang merupakan elemen yang paling penting bagi seseorang, kata orang " wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang " . Oleh itu aspek pengurusan wang menjadi elemen yang paling penting bagi menilai kemampuan seseorang agar ia dapat memberi manfaat atau sebaliknya pada masa akan datang.

BAGAIMANA PULA UNTUK MERANCANG ?

Bagi merancang sumber kewangan, seseorang itu harus menetapkan "matlamat kewangan" terlebih dahulu. Dalam erti kata yang lain, apa yang hendak di lakukan dengan wang anda ?

Menjamin Pendapatan
jika berlaku musibah ke atas kita, pendapatan tetap ada

Perbelanjaan Perubatan
setiap yang sihat akan sakit, persediaan awal dapat membantu

Persaraan 
peringkat ini, kita harus mempunyai wang cukup, masa persaraan 55 tahun hingga 75 tahun

Kahwin 
setiap individu pasti mahu berkeluarga, oleh itu simpanan harus mengcukupi

Pendidikan 
ilmu dapat menentukan kerjaya masa depan seseoran

Rumah Impian 
tempat tinggal yang sempurna dapat memberi keselesaan kepada kita 

Umrah / Haji 
Ketenangan jiwa dan pengucian hati dapat menjadikan kita insan yang mulia 

Melancong
harapan setiap individu, ingin melihat tempat-tempat menaraik di seluruh dunia
  
Perniagaan 
9/10 rezeki datangnya dari perniagaan
Kumpul Harta 
nilai seseorang di ukur dari apa yang dimilikinya