Pilih Takaful


TAKAFUL

Definasi Takaful
Menurut Akta Takaful 1984, Takaful merupakan satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan & bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta jika diperlukan. Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan "konsep insuran" yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum syariah.

Keistimewaan Takaful
Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam 3 bentuk.

1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah, mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

2. Manfaat dari segi rahaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru " istilah arab yang bermaksud pemberian, hadiah, sumbangan". Para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.

3. Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsur yang bercanggah dengan kehendak Syariah. Skim takaful ini tertakluk kepada Akta takaful 1984. Satu keperluan akta ini adalah penubuhan jawatankuasa Syariah untuk memberi panduan kepada pengendali takaful supaya tidak terbabit dengan aktiviti yang di tegah Syariah.

Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.

...............................................................................................................



Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa musibah. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

PELAN MAA TAKAFULINK

MAA Takafullink merupakan pelan takaful Keluarga yang memberikan anda kebebasan perlindungan juga pelaburan yang diluluskan syariah tanpa ada prejudis. Ianya unik kerana ia menawarkan perlindungan serta kaedah menabung secara tetap yang berdisiplin. Pelan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan.  Sebahagian daripada caruman anda dikumpul dan diuruskan oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan yang menarik.   

Ciri-ciri MAA Takafulink :

* Terbuka kepada semua individu yang berumur 30 hari hingga 69 tahun
* Pilihan tempoh matang sendiri
* Kemudahan pengeluaran sebahagian daripada caruman
* Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful
* Menyediakan simpanan & pelaburan jangka panjang

Manfaat MAA Takafulink :

* Menyediakan Dana Warisan ( Aset kepada Waris )
* Menyediakan Perlindungan Umrah / Haji
* Menyediakan Perlindungan Hilang Upaya
* Menyediakan Pampasan Penyakit Kritikal
* Pembiayaan Kos Perubatan ( apa jua sebab )
* Pembiayaan Kos Kemalangan ( akibat kemalangan )
* Ealun Wad ( apa jua sebab )
* Elaun MC ( akibat kemalangan )
* Dividen Tahunan
* Pengurangan Cukai
* Pembiayaan Kos Pengkebumian

...............................................................................................................
Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.

Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang yang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organization’ iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda;

• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*

SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun! Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini tertakluk kepada had seumur hidup. Di samping itu, SmartMedic 100 juga menawarkan faedah Khairat Kematian** sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar jika berlakunya kematian semua sebab.

Manfaat MAA SmartMedic 100

* 100% Percuma
* Pembiayaan perubatan sehingga RM 600,000
* Bilik & Makan RM 150 hingga RM 450
* Perlindungan seluruh dunia
* Perkongsian lebihan 50:50
* Khairat Kematian RM 5,000




......................................................................................................................................................................



Pelan Takaful Pendidikan Anak ( PTPA ) ialah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan ini. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan jangka panjang (dana pendidikan) untuk pendidikan tinggi mereka.

Perjalanan yang Beribu Batu Jauhnya Bermula dengan Langkah yang Pertama…

Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan kita HARI INI. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak diperolehi dalam harga yang rendah.

Kebimbangan Kami...

Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah; Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah yang pertama. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.

Penyelesaian...

Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, Pelan Takafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan masa depan anak-anak anda.... TAHNIAH!

Ciri-ciri MAA Takafulink Pendidikan

* Disediakan untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari hingga 15 tahun.
* Pilihan tempoh matang yang terhad.
* Kemudahan pengeluaran sebahagian.
* Perkongsian lebihan dengan pengendali Takaful
* Memperuntukkan simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Manfaat MAA Takafulink Education
 
* Perlindungan kanak-kanak ( Hilang upaya / meninggal )
* Pampasan penyakit berbahaya
* Perlindungan Pencarum ( PERCUMA caruman seterusnya )
* Pembiayaan Perubatan ( Apa jua sebab )
* Elaun wad ( Apa jua sebab )
* Pengecualian Cukai
* Pembayaran Zakat
* Dividen Tahunan
* Elaun Pencapaian SPM ( RM 500 - 5A, RM 1000 - 8A )